Kren terbalik, polis siasat punca kejadian

Polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian sebuah kren terbalik di bawah jejambat jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur, yang turut menyebabkan tumpahan minyak. Kejadian pada 11 malam Rabu itu berlaku ketika treler yang membawa muatan kren itu cuba membuat pusingan U.