Kritik logo Tahun Melawat Malaysia adalah tindakan kurang bijak - Mohammadin

Tindakan segelintir pihak yang mengkritik logo Tahun Melawat Malaysia 2020 disifatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi sebagai kurang bijak. Menurut beliau, segala kritikan yang dibuat juga dianggapnya sebagai tidak berasas.