Ku Nan minta sumbangan dana politik untuk PRK - Saksi

Saksi pendakwaan ke-19 pula memaklumkan, beliau ada memberi cek bernilai RM2 juta kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu meminta sumbangan politik daripadanya. Tan Sri Chai Kin Kong iaitu Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sendirian Berhad, memberitahu mahkamah, Tengku Adnan ada berkata UMNO memerlukan dana antara 5 hingga 5 juta ringgit untuk tujuan pilihan raya kecil.