Kualiti air sumber bawah tanah di Chini selamat

Fenomena El Nino mengakibatkan Sungai Mentiga yang menjadi sumber air mentah utama penduduk Felda Chini di Pekan Pahang, kekeringan sehingga memaksa penduduk mengambil inisiatif sendiri menggali perigi berdekatan rumah masing-masing. Atas rasa tanggung jawab memastikan sumber air itu benar-benar selamat, pusat alam sekitar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil sampel air di beberapa perigi yang digali serta air bukit untuk dianalisa secara terperinci.