Kuasa diberi bukan untuk kepentingan diri - Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah dan anggota pentadbiran bahawa kuasa diberi untuk mereka melaksanakan tugas, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini, beliau berkata jika kuasa disalahgunakan, negara tidak akan maju dan menyebabkan kemerosotan dalam kalangan masyarakat.