Tutup

Kuasa SPR terhad kerana sistem keadilan negara

Seperti harimau tak bertaring, begitulah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak berupaya mengambil tindakan sendiri ke atas laporan salah laku semasa pilihan raya. Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata ia disebabkan sistem undang-undang negara sedia ada yang tidak memberi kuasa menyiasat atau mendakwa pesalah laku kepada SPR.