Tutup

KUD 2019 platform usahawan desa kembangkan perniagaan

Karnival Usahawan Desa 2019, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar merupakan platform terbaik kumpulan peniaga itu mengembangkan lagi sayap perniagaan mereka. Melalui karnival yang berlangsung lima hari, bermula 17 Oktober lepas, hingga 21 Oktober ini, usahawan desa bukan sahaja boleh memasarkan produk, mereka juga boleh mencari rakan perniagaan yang berpotensi, selain menggunapakai teknologi terkini untuk memajukan lagi perniagaan mereka.