Tutup

Kukuh semula dasar berkecuali -Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan untuk kembali memperkukuh dasar berkecuali bagi memberi kebebasan dalam membuat sebarang tindakan yang membabitkan negara luar. Mengulas mengenai ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, beliau menganggap Malaysia tidak seharusnya menjadikan Korea Utara sebagai musuh dan perlu tangani dengan bijak.