Tutup

Kula bidas MTUC, sembilan sesi konsultasi berlangsung

Kementerian Sumber Manusia membidas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Setiausaha Agungnya, J Solomon atas dakwaan tiada perbincangan secara terperinci dalam kajian pembaharuan undang-undang perburuhan. Menterinya, M. Kula Segaran berkata tahun ini sahaja, pihaknya telah mengadakan sembilan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) selain beberapa lagi mesyuarat teknikal sejak Januari lalu.