Tutup

Kumpulan B40 alami tekanan kos sara hidup: Bank Dunia

Kenaikan harga makanan dan rumah serta pertumbuhan upah yang tidak menentu di Malaysia meningkatkan kos sara hidup kumpulan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi kumpulan berpendapatan pertengahan dan tinggi. Menurut kumpulan Bank Dunia, jumlah yang tinggi daripada pendapatan isi rumah yang dibelanjakan golongan berpendapatan rendah ke atas makanan dan perumahan telah melonjakkan inflasi kumpulan itu melebihi kadar purata.