Kumpulan pelajar UTM sesat di hutan berjaya diselamatkan

Kumpulan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sesat selepas menjalani aktiviti merentas hutan di belakang Resort River View di Tanjung Malim malam tadi, berjaya diselamatkan. Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Muhammad Husaini Mohamad Zam memaklumkan operasi menyelamat selesai 5.55 pagi tadi.