Tutup

Kumpulan pertama 497 jemaah haji selamat tiba

Kumpulan pertama seramai 497 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat petang Rabu. Ketibaan 233 jemaah haji lelaki dan 264 perempuan pada jam tujuh malam itu disambut Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Mohd Hisham Harun bersama pengurusan Tabung Haji (TH) serta anggota keluarga.