Tutup

Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Indonesia selamat dievakuasi

Kumpulan pertama seramai 47 orang pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Provinsi Riau, selamat tiba di Malaysia melalui penerbangan dari Pekan Baru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), tengahari ini. Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, ketibaan mereka disambut Menteri Pendidikan, Yb Dr. Maszlee Malik, Timbalan Menteri Luar Negeri, Yb Dato' Haji Marzuki Yahya serta pegawai-pegawai dari kementerian dan agensi berkaitan.