Tutup

Kuota MRSM bagi golongan berpendapatan rendah mungkin ditambah

Kuota pemohon Maktab Rendah Sains Mara MRSM dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar mungkin ditambah kepada 70 hingga 80 peratus. Ia bertujuan kembalikan objektif utama penubuhan MRSM bagi bantu golongan ini dapat akses pendidikan lebih sempurna. Bagaimanapun ia secara tidak langsung sempitkan peluang pelajar bandar atau yang berpendapatan tinggi.