Kurang kemudahan infrastruktur bukan halangan catat kecemerlangan

Sekolah Kebangsaan Terusan di Lahad Datu merupakan antara 10 sekolah terbaik dalam keputusan UPSR bagi daerah Lahad Datu. Walaupun masih mempunyai bangunan berstruktur kayu selain makmal ICT tidak dapat digunakan kerana ketiadaan jaringan jalur lebar, sekolah ini berjaya membuktikan kebolehan mereka.