Kurangkan kebergantungan benih import

Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mengurangkan kebergantungan benih import. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, ini penting memandangkan Malaysia banyak mengimport benih terutamanya sayuran untuk kegunaan tempatan.