Tutup

Kurangkan kebergantungan kepada media sosial

Kerajaan disarankan agar menjalankan usaha mendetoksifikasi kebergantungan rakyat terhadap media sosial. Menjelang pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai kota buku UNESCO pada 2020, tokoh wartawan negara, Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat kerajaan perlu memperkukuh budaya membaca agar proses pembinaan intelektual di kalangan rakyat dapat dilaksanakan.