Tutup

Kurangkan kenyataan sensitif - Johari

Kesemua pimpinan keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan seharusnya mengurangkan kenyataan sensitif yang menyakitkan hati, sekaligus mencetuskan perbalahan sesama sendiri dalam pakatan. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul menegaskan, pihaknya tetap akan mempertahankan prinsip kebebasan suara yang diamalkan ketika ini.