Tutup

Kutipan GST RM19.4 bilion tidak hilang

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC merumuskan tiada kehilangan wang RM19.4 bilion kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST. Pengerusinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.