Kutipan SST cecah RM5.4 bilion

Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melepasi jangkaan awal kerajaan sebanyak 34 peratus kepada 5.4 bilion ringgit berbanding unjuran awal 4 bilion ringgit. Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng ia merangkumi cukai jualan import, cukai jualan domestik dan cukai perkhidmatan.