KWSP lantik Tunku Alizakri Alias sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pelantikan Tunku Alizakri Alias sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu. Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata, perlantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang baru-baru ini telah dinamakan sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd.