Label 'no palm oil' mengelirukan

Mahkamah rayuan Belgium memutuskan bahawa label ''no palm oil'' dan dakwaan berkaitan lain adalah mengelirukan dan tanpa merit atau berasaskan fakta saintifik yang terbukti. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengatakan penghargaannya kepada Ferrero yang mempertahankan perkara itu walaupun keputusan mahkamah Belgium tidak memihak kepadanya ketika kes itu dibawa pertama kali pada 2013.