Laluan baharu ECRL, hilangkan 'dahaga' rakyat Jelebu

Keputusan kerajaan mengubah jajaran ECRL yang bakal merentasi Kuala Klawang, Jelebu di Negeri Sembilan mampu membawa manfaat kepada masyarakat setempat. Seorang penduduk, Khairul Anuar Kamal, 38 tahun berkata, dia berharap, pengubahan jajaran ECRL yang melalui Kuala Klawang itu mampu meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia.