Laluan LRT aliran Ampang kembali dilanjut Disember ini

Mulai Disember ini, perkhidmatan tren LRT aliran Ampang akan kembali dilanjutkan hingga ke stesen Sentul Timur. Ia bermakna pengguna aliran tersebut tidak lagi perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin untuk ke ibu kota sehingga ke stesen Sentul Timur.