Laman YouTube MasterChef UK padam video 'ayam rendang'

'Mak cik dan pak cik bawang' Nusantara bersatu, laman YouTube MasterChef UK padam video 'ayam rendang' Apabila disebut istilah 'mak cik dan pak cik bawang', kita secara tidak langsung akan mengaitkannya dengan perkara negatif. Namun berbeza dalam situasi ini, kita mungkin akan berasakan ada baiknya juga kewujudan golongan ini. Selepas tular kisah 'ayam rendang perlu rangup' semakan terbaharu mendapati video episod yang memaparkan penyingkiran Zaleha Kadir Olpin di YouTube rasmi masterchef uk, telah dipadamkan.