Lambung bayi 4 bulan, pasangan rusia ditahan

Sepasang suami isteri warganegara Rusia ditahan polis selepas klip video seorang lelaki melambung dan menghayun bayi berusia empat bulan dalam persembahan jalanan ibu negara baru-baru ini tular di media social. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan tangkapan dibuat jam 3.30 petang Isnin.