Tutup

Lan Berdagang: Umai segar mukah

Orang Melayu, Cina, Iban, Pelancong dan ramai bukan daripada etnik Melanau turut menggemari Umai dan ia menjadi makanan yang cukup popular terutamanya di Sarawak. Dihasilkan daripada ikan segar dengan bahan-bahan lain, Umai kini bukan lagi menjadi makanan pengalas perut untuk nelayan, malah ia turut dikomersialkan dan dijual di restoran-restoran ternama. Namun, bagaimana penghasilan Umai ini secara asli? Jangan lupa saksikan Lan Berdagang setiap Rabu, 845 malam.