Langgar embargo: Najib Razak dibawa ke jawatankuasa hak dan kebebasan

Dewan rakyat memutuskan untuk membawa Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak ke jawatankuasa hak dan kebebasan selepas bertindak mengeluarkan kenyataan melanggari embargo dokumen. Keputusan itu dicapai selepas 86 Ahli Parlimen bersetuju berbanding 33 yang menentang menerusi undian belah bahagian.