Langit Putrajaya diwarnai 20 belon udara panas

Jika anda pernah mengimpikan pengalaman menaiki belon udara panas seperti di Cappadocia, tidak perlu mengembara jauh sehingga ke Turki apabila pengalaman yang sama hebat boleh dinikmati di Putrajaya. Bertempat di Presint Dua, Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2019 menawarkan pelbagai daya tarikan menarik yang boleh dirasai seperti anda berada di luar negara.