Langkah menyeluruh tangani masalah banjir Sabah

Langkah menyeluruh akan diambil dalam usaha menangani permasalahan banjir kilat di negeri Sabah. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam tempoh terdekat.