Lantik konsultan selesai masalah trafik di ibu negara - Khalid Samad

Kementerian Wilayah Persekutuan akan melantik perunding bagi mengkaji penyelesaian masalah kepada kesesakan jalan raya di ibu negara. Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata kajian yang dibuat akan merangkumi pembinaan persimpangan, infrastruktur dan jambatan baharu bagi mengurangkan kesesakan jalan-jalan utama ke tahap C.