Tutup

Lantikan Latheefa: "Saya tidak bincang dengan Kabinet"

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilakukan beliau tidak dimaklumkan kepada Kabinet. Perdana Menteri berkata menjadi amalan biasa beliau sejak dahulu lagi untuk membuat keputusan tanpa perlu mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri. Beliau berkata demikian pada sidang media di Hari Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.