Lantikan TPM: Saya tidak tahu - Azmin Ali

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menunggu lama untuk menjawab desas desus mengenai rombakan Kabinet sebelum ini yang mengaitkan beliau untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sebaik sahaja keluar hospital selepas menjalani satu pembedahan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu segera mengeluarkan kenyataan bagi menjawab khabar angin itu. Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR ini akui tidak tahu menahu tentang sebarang perbincangan mengenainya memandangkan sedang menjalani rawatan dan tidak sedarkan diri.