Lapan Orang Asli suku Batek dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

Lapan Orang Asli dari Kampung Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu selepas dikesan mempunyai tanda jangkitan pada saluran pernafasan. Menurut Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh ia susulan aktiviti pemantauan dan saringan yang dilakukan jabatan kesihatan negeri di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu yang menjadi penempatan baharu sebilangan masyarakat itu.