Tutup

Lapis lain tanggungjawab kumpulan penyelam "Start in Tioman"

Atas dasar keprihatinan dan sayangkan khazanah dasar laut, sekumpulan penyelam mengambil inisiatif menjayakan "Start in Tioman" bagi edisi ke sepuluh. Lebih menarik, peserta yang merupakan penyelam skuba berpengalaman dan baharu mendapat lesen, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti "fun dive" tetapi mereka ada tanggungjawab lain yang lebih besar. Mereka menyelam sambil memasang tukun tiruan di dasar laut, yang bermatlamat jangka masa panjang memastikan ekosistem hidupan marin terus terpelihara.