Tutup

Laporan 1MDB mungkin tidak dibentang pada Mac

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC akan memanggil semula Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh untuk prosiding pendengaran. Ia sekaligus memungkinkan pembentangan laporan hasil prosiding siasatan terhadap syarikat itu ditangguhkan.