Laporan bilangan kes terkini HFMD tunjuk trend penurunan

Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dilaporkan di seluruh negara berdasarkan dua hari kebelakangan ini menunjukkan tren penurunan. Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad usaha pencegahan HFMD yang digiatkan Kementerian Kesihatan merupakan tanda komitmen pihaknya bagi menangani penyakit ini.