Laporan JIT beri sedikit kelegaan kepada waris mangsa MH17

Laporan pasukan penyiasat bersama (JIT) diketuai Belanda yang menamakan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine sebagai perancang utama menembak jatuh MH17 sedikit sebanyak berupaya merubat luka terpendam waris tragedi berkenaan. Bagi Habibah Ismail, ibu Ketua Pramugari Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Azrina Yaakob, harapan kini disandarkan agar keempat suspek berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.