Tutup

Laporan PAC mengenai tunggakan GST dibentang Isnin

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen sebulat suara bersetuju membentangkan laporan berhubung tuntutan tunggakan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion pada Isnin. Ini menjadikan pembentangan ini dibuat sehari lebih awal daripada yang dijadualkan. Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata ia adalah bagi mengelak lebih banyak andaian berhubung laporan berkenaan.