Laporan siasatan enam anggota bomba lemas diumum akhir tahun

Siasatan dalaman enam anggota bomba yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong Taman Putra Perdana Puchong 3 Oktober lalu kini peringkat akhir. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM, Datuk Mohammad Hamdan keputusan laporan itu akan diumumkan akhir tahun ini.