Tutup

Laporan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Masjid Negara sekitar jam 8.15 pagi bagi menunaikan solat sunat Aidiladha diiringi barisan kakitangan Masjid Negara serta beberapa pegawai. Perdana Menteri tiba di Masjid Negara dengan mengenakan persalinan lengkap baju melayu oren, sebelum terus menyertai para jemaah di dewan solat utama. Untuk laporan lanjut kita bersama wartawan Astro AWANI, Hilmi Malik.