Laporan ujian kepantasan 5G hujung tahun - Gobind

Perlaksanaan teknologi mudah alih generasi ke-5 (5G) akan dilaksanakan di negara ini selepas kerajaan meneliti laporan ujian kepantasan 5G yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) penghujung tahun ini. Demikian jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di mana laporan berkenaan akan dikaji dan diteliti dari pelbagai sudut termasuk kemudahan infrastruktur sedia ada.