Larangan merokok: 1,453 surat amaran, 3,879 diberi nasihat

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 1,453 surat amaran bertulis dikeluarkan untuk hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang berkuatkuasa sejak Selasa. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 3,879 individu pula diberi nasihat susulan tindakan mereka.