Tutup

Larangan merokok di restoran punca PH ditolak di Rantau?

Mungkinkah polisi baharu seperti larangan merokok di premis makanan yang telah diwartakan awal tahun ini antara punca rakyat menolak kepimpinan Pakatan Harapan di Rantau? Senario itu dibangkitkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ronnie Liu. Beliau tidak menolak kemungkinan kekalahan itu ada kaitan dengan janji manifesto serta polisi baharu yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan.