Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull

Pengarah Eksekutif, Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama 2 tahun. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Latheefa adalah bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019.