Tutup

Laut bergelora, 418 penumpang feri terpaksa berpatah balik

Lebih 776 penumpang feri di Kuala Kedah ke Langkawi terkandas di Terminal Feri Kuala Kedah berikutan ombak kuat yang berlaku setinggi tiga meter pagi Jumaat. Pengurus Sumber Manusia & Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom memaklumkan, jumlah itu membabitkan dua trip perjalanan pada jam 11 pagi dan 1 petang hari ini.