Tutup

Law Choo Kiang kekal Yang Dipertua DUN Pulau Pinang

40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) keempat belas di Georgetown , Pulau Pinang pada Khamis. Majlis angkat sumpah dimulai dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow diikuti Timbalan Ketua Menteri Satu, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Menteri Dua, P. Ramasamy, sepuluh anggota Exco dan Adun yang lain.