Lawatan ke Batam, MB Johor beri sebab perlu hadir

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mempertahankan tindakannya yang pergi ke Pulau Batam Indonesia ketika Pasir Gudang dilanda krisis pencemaran akibat bahan buangan kimia di Sungai Kim Kim. Jelasnya lawatan tersebut bagi meningkatkan rangkaian kerjasama industri pelancongan dan pelaburan antara Johor dan Batam.