Tutup

LBS lancar Kita@Cybersouth GDV RM7 bilion

LBS Bina Group Berhad melancarkan pembangunan perbandaran baharu, Kita@Cybersouth dengan nilai pembangunan kasar keseluruhannya berjumlah RM7 bilion. Ia bagi menyokong usaha kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik. Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata projek perbandaran Kita@Cybersouth membabitkan pembangunan yang dijalankan secara berperingkat untuk tempoh 8 hingga 10 tahun.