Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#LebaranAWANI | Malam Raya

Program khas sempena Aidilfitri #NormalBaharu kali ini kami mulakan bersama Essan Yahya dan Nazri Kahar yang berkongsi kisah Aidilfitri bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron bersama Hafidah Samat merantau ke Indonesia untuk mendapatkan cerita dari Whulandary Herman tentang kisah raya beliau. Tidak kurang dengan itu, kisah raya abang bomba turut diselitkan dalam laporan yang disediakan Harits Asyraf Hasnan dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan, Sharaad Kuttan bersama Melisa Idris turut mendapatkan Adibah Noor serta cerita raya abang askar bersama Panglima Angkatan Tentera dalam laporan yang disediakan oleh Isabelle Leong. Kami juga dapatkan cerita raya daripada abang polis kita bersama dengan Dzulfitri Yusop, Cynthia Ng. Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan. #DisiplinMalaysia #LEBARANcak #LebaranAWANI